Platform eksport makanan Jepun dilancarkan di Malaysia

Iklan
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup (kanan) bersama Timbalan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Takahashi Mitsuo (kiri).

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Takahashi Mitsuo melancarkan Platform Eksport Makanan Jepun di Malaysia yang merupakan negara dengan majoriti Muslim pertama dipilih sebagai lokasi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, inisiatif tersebut diharapkan dapat membuka peluang kepada lebih banyak syarikat Jepun untuk menembusi pasaran halal serta mendapatkan pengiktirafan halal.

Iklan
Iklan

"KPKM menyokong usaha tersebut dan pada masa yang sama memohon sokongan dan bantuan pihak Jepun untuk mempertingkatkan kualiti produk keluaran penternak melalui perkongsian kapasiti atau latihan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam kenyataan yang sama, KPKM memaklumkan pihaknya menerima kunjungan hormat daripada Takahashi Mitsuo di Wisma Tani, Putrajaya pada Khamis.

Iklan

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKM, Datuk Azah Hanim Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Pertanian (DOA), Datuk Nor Sam Alwi serta pegawai-pegawai KPKM.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup (lima dari kanan) menerima kunjungan daripada Timbalan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Takahashi Mitsuo (tengah) di Wisma Tani, Putrajaya pada Khamis.

Menurut Arthur, pertemuan yang berlangsung hampir satu jam itu bagi membincangkan kerjasama antara Malaysia dan Jepun dalam perdagangan dua hala, kerjasama di dalam sektor pertanian serta peranan Malaysia sebagai hub halal yang ingin dimanfaatkan oleh negara itu.

Iklan

Ujarnya, lebihan perdagangan agromakanan antara dua negara itu merupakan suatu pencapaian yang membanggakan

"Pertemuan sulung kedua-dua pemimpin adalah penting dalam memastikan kerjasama yang baik ini berterusan kerana Jepun merupakan salah satu rakan perdagangan utama Malaysia dalam sektor pertanian dan agromakanan.

"Data perdagangan bagi 2023 merekodkan nilai eksport dari Malaysia ke Jepun sebanyak RM8.41 bilion berbanding nilai import dari Jepun ke Malaysia sebanyak RM2.09 bilion seterusnya menyumbang kepada imbangan perdagangan positif kepada negara,” jelasnya lagi.

Selain itu, Arthur memaklumkan perancangan Malaysia untuk menganjurkan Mesyuarat kali Ke-2 Pegawai-pegawai Kanan bagi Menteri-menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN-Jepun (AJMAF) Ke-2 pada 7 Ogos 2024.

Katanya, ia bersempena penganjuran Mesyuarat Khas Pegawai-pegawai Kanan kali Ke-45 Menteri-menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (SSOM-AMAF) Ke-45 pada 6 hingga 8 Ogos nanti.

"Mesyuarat itu kelak dijangka akan membincangkan perkembangan kerjasama ASEAN-Japan MIDORI Cooperation Plan yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat AJMAF Pertama pada tahun sebelumnya,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!