Indeks Kebebasan Media: Fahmi akan rangka usaha lebih mapan

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Fahmi (kanan).

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bakal mengambil tindakan dengan merangka usaha yang lebih mapan berikutan Malaysia jatuh di tangga ke-107 menerusi Indeks Kebebasan Media.

Beliau berkata, berdasarkan laporan indeks yang dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) memperlihatkan Malaysia berada pada kedudukan yang jauh berbeza berbanding 2023 di tangga ke-73.

Iklan
Iklan

"Saya terima laporan RSF ini dengan hati terbuka. Banyak yang perlu dimuhasabah dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media dan pada masa yang sama melawan fitnah serta penyebaran maklumat palsu.

"Insya-ALLAH, saya dan pasukan akan menghadam laporan ini serta merangka usaha-usaha yang lebih mapan ke depan,” katanya menerusi hantaran di X pada Jumaat.

Iklan

Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia merosot kepada 52.07 mata berbanding 2023 yang mencatatkan sebanyak 62.83 mata.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Malaysia di kedudukan ke-73 daripada 180 negara pada 2023, meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu di tangga ke-133.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!