SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill Defence and Technology Sdn Bhd, Mohd Zafarullah Nordin dibebaskan dari reman selepas membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Rabu.
"Alhamdulillah, saya telah pun dibebaskan dari reman bagi membantu siasatan SPRM petang Rabu lepas, 1 Mei 2024.
Iklan
Iklan
"Terima kasih atas doa kalian yang tidak putus-putus untuk saya. Terima kasih juga kepada SPRM Johor di atas profesionalisme yang sangat tinggi,” katanya menerusi satu kenyataan ringkas dalam akaun Facebooknya.
Pada Rabu lalu, SPRM telah menjalankan siasatan berhubung kes menerima rasuah dan tuntutan palsu bernilai RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor.
Suruhanjaya itu telah memanggil pegawai kanan syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat bagi membantu siasatan.
Menurut pihak SPRM, siasatan dibuat berhubung aduan pada tahun 2023, mengenai dakwaan penerimaan wang rasuah daripada pemilik dua syarikat kontraktor sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air tersebut.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!