Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan

Iklan
Upacara digelar 'Hae Nang Meaw' itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial. Foto Agensi

BANGKOK - Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.

Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan sejak beberapa bulan lalu.

Iklan
Iklan

Difahamkan, upacara itu digelar 'Hae Nang Meaw' atau perarakan kucing oleh masyarakat setempat dan ia biasanya dilakukan golongan petani.

Adat unik itu mendapat perhatian pengguna media sosial selepas ia dikongsi penyelidik, Dr Tarin Clanuwat dari Waseda University di platform X.

Iklan

Sehingga Khamis, ciapan itu telah mendapat lebih 16 juta tontonan, 219,000 tanda suka dan lebih 39,000 siar semula.

Sepanjang bulan lalu, Thailand berdepan gelombang haba luar biasa dengan lebih 30 daerah di seluruh 77 wilayah berdepan suhu panas ekstrem.

Iklan

Menurut data Jabatan Meteorologi, suhu di negara itu telah melepasi 40 darjah Celsius di 26 provinsi pada bulan April. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!