Jaringan hijau jadi 'tempat berteduh' di lampu isyarat

Iklan
Rakaman memaparkan inisiatif kreatif itu mendapat pujian ramai warganet. Foto Agensi

CHENNAI - Jabatan Kerja Awam Puducherry (PWD) telah mencipta penyelesaian yang inovatif untuk menangani kesan gelombang haba ketika suhu di beberapa bahagian di India merekodkan peningkatan maksimum.

PWD tampil dengan idea memasang jaringan hijau di kawasan lampu isyarat, sekali gus memberi kelegaan kepada pengguna jalan raya yang terpaksa menunggu di bawah panas terik mentari.

Iklan
Iklan

Seorang pengguna di platform X berkongsi video inisiatif tersebut dan memuji pihak berkuasa atas usaha mereka.

Menerusi klip itu, pengguna yang menunggang motosikal dilihat ‘berteduh’ di bawah jaringan hijau tersebut.

Iklan

Susulan itu, rata-rata warganet menggesa pihak berkuasa tempatan di bandar lain mengambil langkah serupa.

"Tahniah kepada pentadbiran Puducherry, harap ramai pemimpin dan pentadbir dapat inspirasi,” ujar satu komentar.

Iklan

Gelombang haba ekstrem melanda sebahagian besar di Tamil Nadu dengan banyak tempat mencatatkan suhu antara 38 sehingga 42.5 darjah Celsius ketika negara itu terkesan fenomena El Nino. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!