BARISAN pemain skuad Harimau Malaya Bawah 17 Tahun (B-17) negara berpeluang merasai pengalaman berlatih dalam suasana kondusif apabila menjalani kem latihan pusat di salah satu fasiliti latihan milik kelab gergasi tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) bermula hari ini.
Berdasarkan hantaran Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) malam Jumaat, skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera yang juga merupakan Pengarah Akademi JDT itu dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.