Wira Merah terus melangkah jauh
Iklan
PUTRAJAYA - Tidak mahu lagi berada di takuk lama, sebaliknya mengorak langkah ke satu tahap lebih tinggi terutama dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.
Bukan sahaja terlibat dalam memadam kebakaran dan aksi penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) perlu melangkah jauh ke hadapan dalam apa juga bentuk perancangan masa depan negara.