Referendum undi PRK
Iklan
BAGAIKAN memori asmara pertama, isu sekolah vernakular tidak pernah pudar daripada ingatan sesetengah pihak tidak kira di mana jua mereka berada.
Dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih lagi rancak dan meriah, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu menambah irama kepada segala majlis yang berlangsung di kawasan tersebut kerana selain daripada beraya, para penduduk di Kuala Kubu Baharu akan menentukan siapa yang bakal membawa aduan dan rayuan mereka ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas 11 Mei.