Dr Akmal balas teguran Wan Ahmad Fahysal

Iklan
Dr Akmal

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membalas teguran Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung tindakan kepimpinan UMNO terutama Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa permainkan sumpah dan nama ALLAH.

Dr Akmal berkata, Wan Ahmad Fayhsal perlu membuktikan diri berprinsip terlebih dahulu sebelum menganggap orang lain tidak mempunyai prinsip.

Iklan
Iklan

"Saya ingatkan tadi kamu nak ambil kenyataan saya dahulu dan bandingkan dengan kenyataan saya sekarang, rupanya kenyataan orang lain yang diambil.

"Beza dengan apa yang kamu cakap dulu dan apa yang kamu cakap sekarang itu bezanya. Orang sama, tetapi pendirian berbeza mengikut musim itu beza kamu dan saya

Iklan

"Menuduh orang tidak bagus, tetapi akhirnya kita juga buat benda yang kita rasa tidak bagus itu,” katanya dalam siaran di Facebook pada Jumaat.

Pada Jumaat, Wan Ahmad Fayhsal menasihatkan Dr Akmal supaya menegur kepimpinan UMNO terutama presidennya yang didakwa permainkan sumpah dan nama ALLAH terlebih dahulu sebelum mempolemikkan isu sekolah vernakular.

Iklan

Sebelum ini, Dr Akmal menggesa kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular termasuk aspek keselarasan silibus, penerapan nilai kenegaraan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Beliau turut mendakwa sistem pengasingan yang dilaksanakan bermula di peringkat sekolah menyebabkan wujud jurang nilai dan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia selain tidak mencerminkan wawasan bangsa Malaysia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!