Media perlu diberi ruang, kebebasan secukupnya - MCA

Iklan
Pengamal media perlu diberi ruang dan kebebasan dari segi menyiarkan penulisan atau bahan penerbitan mereka kepada orang ramai. (Foto123RF)

SHAH ALAM - Pengamal media perlu diberi ruang dan kebebasan secukupnya dari segi menyiarkan penulisan atau bahan penerbitan mereka kepada orang ramai.

Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, cadangan itu susulan bagi menangani kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang jatuh 34 anak tangga ke kedudukan 107 berbanding 73 pada tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Tidak perlu mengajar mereka untuk melakukan sesuatu yang hanya condong kepada satu pihak. Biarlah orang ramai yang membuat penilaian sendiri.

"Kedua, sekiranya ada penerbitan yang salah atau fitnah, minta mereka perbetulkan dan memohon maaf secara terbuka, atau mengambil tindakan undang-undang jika perlu.

Iklan

"Bukannya meminta mereka mengubah bahan penerbitan mengikut citarasa satu pihak,” katanya dalam siaran di Facebook beliau pada Sabtu.

Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia merosot kepada 52.07 mata berbanding 2023 yang mencatatkan sebanyak 62.83 mata.

Iklan

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Malaysia di kedudukan ke-73 daripada 180 negara pada 2023, meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu di tangga ke-133.

Dalam pada itu, Yew Chuan berkata, situasi tersebut berkemungkinan memberi kesan terhadap keyakinan rakyat kepada kredibiliti penyampaian berita semasa di negara ini.

"Jika perkara ini tidak diatasi dengan baik, dikhuatiri akan tiba satu ketika, rakyat akan berhenti membaca berita kerana ia tidak lagi telus akibat terlalu menyebelahi kerajaan, sehinggakan berita yang mengkritik kerajaan akan disekat atau ditarik balik.

"Ditekankan bahawa pengamal media bertanggungjawab untuk melaporkan berita yang telus dan benar kepada rakyat. Bukankah kebebasan media dan kebebasan bersuara ini juga merupakan antara janji yang diperjuangkan sebelum ini?” soalnya.

Menurutnya, kedudukan negara dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 itu harus menjadi kebimbangan Kementerian Komunikasi di bawah pimpinan Fahmi Fadzil selaku menteri dan jurucakap kepada kerajaan.

"Penting untuk beliau tampil menjelaskan kenapa berlakunya penurunan drastik ini seterusnya menepis persepsi awam yang menyifatkan kebebasan bersuara dan kebebasan media sudah mati,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!