JIM serbu kediaman dihuni warga asing, 30 PATI ditahan

Iklan
Antara warga asing yang ditahan hasil serbuan ke premis kediaman dihuni golongan itu sekitar daerah ini pada Jumaat hingga awal pagi Sabtu. Foto FB JIM Pahang

KUANTAN - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menahan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) hasil serbuan ke premis kediaman sekitar daerah ini pada Jumaat hingga awal pagi Sabtu.

JIM Pahang dalam kenyataan melalui Facebook rasminya memaklumkan, dalam operasi itu seramai 55 individu telah diperiksa dan 30 daripadanya telah ditahan atas pelbagai kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63 termasuk tinggal di negara ini melebihi masa yang dibenarkan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, PATI yang ditahan berusia 22 hingga 51 tahun itu terdiri daripada 10 warga Indonesia, Thailand (tujuh), Myanmar (dua), Bangladesh (10) dan Kemboja (satu).

"Serbuan yang dianggotai 18 pegawai itu dijalankan hasil maklumat awam.

Iklan

"Semua tahanan direman selama 14 hari bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Kemayan, Bera untuk siasatan lanjut.

"JIM Pahang sedang mengesan pemilik-pemilik rumah yang dihuni PATI itu untuk membantu siasatan," jelas kenyataan itu lagi.

Iklan

Pihaknya turut meminta orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan PATI di lokaliti masing-masing.

"Ia bagi membantu pihak berkuasa membanteras isu kebanjiran PATI di negeri ini.

"Tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap PATI dan mana-mana pihak yang menggaji serta memberi perlindungan kepada mereka," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!