CAAM sahkan pesawat ringan terhempas

Iklan
Pesawat Cessna 172N Skyhawk dengan pendaftaran 9M-ADA yang dikendalikan oleh Akademi Penerbangan Layang-Layang terhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.- Foto Polis Perak.

SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk dengan pendaftaran 9M-ADA yang dikendalikan oleh Akademi Penerbangan Layang-Layang terhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) menerima panggilan terakhir di Slim River pada 9.35 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebelum itu pesawat yang dinaiki dua individu itu, telah berlepas pada 7.54 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Pesawat Cessna 172N Skyhawk dengan pendaftaran 9M-ADA yang dikendalikan oleh Akademi Penerbangan Layang-Layang terhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.- Foto Polis Perak.

"Tindakan susulan telah diambil oleh Pegawai Kawalan Trafik Udara bertugas setelah pesawat gagal melaporkan kedudukan selanjutnya di Bidor.

Iklan

"Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) CAAM di KLATCC diaktifkan pada pukul 10.15 pagi setelah menerima maklumat berkenaan nahas tersebut bagi tujuan koordinasi operasi mencari dan menyelamat dan kedua-dua individu berkenaan telah diselamatkan," katanya dalam satu kenyataan.

Susulan kejadian itu, beliau berkata, siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Iklan