MALAYSIA terlepas mata pertama dalam aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 menentang China di Chengdu sebentar tadi.
Pemain perseorangan profesional, Lee Zia Jia turun dengan aksi menyakinkan, namun gagal menafikan ketangkasan pemain nombor dua dunia, Shi Yu Qi apabila tewas 0-2.
Iklan
Iklan
Pemain nombor 10 dunia itu memberi tentangan sengit sebelum tewas 19-21 pada set pertama dalam aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone.
Zii Jia yang cuba bangkit pada set kedua bagai hilang arah apabila mudah ditumpaskan Yu Qi 21-5 dalam tempoh 39 minit.
Selepas ini, beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengambil alih gelanggang dalam misi menyamakan kedudukan.
Pasangan nombor lima dunia itu akan membuat perhitungan dengan Liang Wei Keng-Wang Chang yang berstatus nombor satu dunia.
Separuh Akhir Piala Thomas: China 1 Malaysia 0 Shi Yu Qi mn Lee Zii Jia 21-19, 21-5.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!