Arsenal ‘tenggelamkan’ Bournemouth di Emirates

Iklan
Rice meraikan jaringan ketiga Arsenal di Emirates pada Sabtu. Foto: AFP

ARSENAL meneruskan misi mengutip mata dalam baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melepasi satu lagi halangan pada Sabtu.

Kali ini angkatan Mikel Areta melakar kemenangan ke-26 liga musim ini selepas mengatasi Bournemouth, 3-0 di Stadium Emirates.

Iklan
Iklan

Tiga mata diraih dalam perlawanan di tempat sendiri musim ini secara tidak langsung meningkatkan tekanan kepada Manchester City.

The Gunners selepas ini akan berkunjung ke Stadium Old Traford berdepan Manchester United pada 12 Mei sebelum melayan kunjungan Everton di London pada 19 Mei.

Iklan

Penalti sebelum separuh masa pertama disempurnakan Bukayo Saka, minit ke-45 memberikan Arsenal pendahuluan.

Leandro Trossard kemudian meredakan ketegangan dengan gol kedua minit 70 sebelum Declan Rice menambah gol ketiga pada masa kecederaan, minit ke-97.

Iklan

Kemenangan meletakkan Arsenal mengumpul 83 mata daripada 36 perlawanan dengan penyandang juara Manchester City - 79 daripada 34 - menjelang pertembungan di Stadium Etihad menentang Wolverhampton Wanderers.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!