Pinjaman kewangan dijangka naik
Iklan
SHAH ALAM - Pinjaman kewangan dalam kalangan kakitangan awam dijangka meningkat susulan kenaikan gaji lebih 13 peratus kepada sektor tersebut bermula 1 Disember depan.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, terdapat dua kemungkinan yang akan mempengaruhi keputusan penjawat awam untuk membuat pinjaman kewangan.