Pengundi mahu pemimpin boleh buat kerja, selesai masalah
Iklan
ASPEK kebajikan golongan anak muda terutamanya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan itu, menjadi agenda utama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), Pang Sock Tao.
Menurut calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan itu, perkara tersebut diambil kira selari dengan dirinya yang juga bergelar anak muda.