[VIDEO] Tabung Haji bersedia terima ketibaan jemaah

Iklan

MADINAH - Tabung Haji (TH) bersedia menerima ketibaan jemaah haji Malaysia menerusi penerbangan pertama ke Madinah pada 9 Mei nanti.

Naib Konsul Haji Malaysia merangkap Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin berkata, setakat ini pihaknya telah bersedia 90 peratus dan Ibu Pejabat TH di Madinah telah beroperasi sepenuhnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, baki persiapan adalah berkaitan hotel penginapan yang hanya diberikan kebenaran tiga hari sebelum ketibaan jemaah haji pertama.

Iklan
Ashrof ketika sidang media di ibu pejabat TH Madinah.

"Yang dikatakan 10 peratus itu adalah yang berkaitan dengan hotel penginapan jemaah haji di Madinah iaitu tiga buah bangunan dan kita dibenarkan oleh pihak hotel untuk masuk pada tiga hari sebelum ketibaan jemaah haji.

Iklan

"Persiapan ini adalah seperti operasi kaunter guru agama, khidmat pelanggan, Bank Islam, perkhidmatan bagasi ke tanah air dan beberapa perkhidmatan lain,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Ashrof memberitahu, pada masa ini sebahagian petugas seramai 162 orang telah tiba di Madinah sejak ketibaan pertama pada 30 April.

"Ketibaan kedua petugas pada 2 Mei 2024 seramai 150 petugas ini daripada pasukan perubatan dan kebajikan,” katanya.

Menurutnya, semua jemaah haji akan berada di Madinah dalam tempoh enam hari lima malam dan terdapat terdapat beberapa aktiviti yang dilalui jemaah haji.

Ashrof memberitahu jemaah haji ketika di Madinah dibahagikan kepada dua zon penginapan.

"Antaranya adalah program taklimat TH dan ziarah Rasulullah iaitu ziarah dalam kemudian mereka akan ikuti ziarah luar di Madinah.

"Setelah itu, jemaah akan bersiap sedia pergerakan ke Makkah dan satu taklimat dibuat mengenai ibadat umrah sebelum mereka mula bergerak untuk masuk ke Makkah sehingga pada hari Wukuf,” katanya.

Penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia tahun ini dijadualkan pada 9 Mei, manakala bagi penerbangan terakhir jemaah haji ke Arab Saudi pula dijadualkan pada 9 Jun ini.

Tahun ini hari Wukuf iaitu pada 9 Zulhijah dijangka jatuh pada Sabtu (15 Jun 2024).

Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi tahun 1445H/2024 dan kelulusan itu diberikan berdasarkan jumlah 0.1 peratus jumlah penduduk Islam di negara ini.

Lebih 600 orang telah terpilih menjadi petugas Operasi Haji Tanah Suci (OHTS) tahun ini bagi memastikan semua sektor operasi berada dalam keadaan baik.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!