Petugas TH rasai sendiri ziarah luar Madinah

Iklan
Bukit Uhud antara lokasi wajib yang akan diziarahi jemaah haji di Madinah.

MADINAH - Seramai 150 petugas Tabung Haji (TH) berkesempatan merasai sendiri program ziarah luar Madinah yang khusus dilaksanakan untuk jemaah haji.

Antara lokasi yang dilawati adalah Masjid Quba, ladang kurma dan Bukit Uhud.

Iklan
Iklan

Aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada petugas TH untuk mendapat pengetahuan mengenai sirah-sirah di Madinah khususnya pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam.

Lokasi pertama adalah menziarahi Masjid Quba yang merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW.

Iklan
Masjid Quba merupakan lokasi pertama aktiviti ziarah luar Madinah bersama petugas TH.

Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS), Khairul Anwar Hasan menjelaskan, tujuan TH membawa petugas menziarahi Masjid Quba adalah untuk memberi peluang untuk merasai fadilat menziarahi Masjid Quba dan untuk mengenai sirah Nabi Muhammad.

"Bukan setakat jemaah tetapi petugas juga dapat fadilat menziarahi Masjid Quba dah juga mengetahui sirah Nabi SAW supaya kita ambil iktibar bahawa masjid sangat penting, Nabi apa pun Nabi sampai di mana, Nabi bila masjid dahulu.

Iklan

"Masjid satu tempat yang sangat penting dalam Islam. Di samping kita nak dapat fadilat kita nak tahu peranan masjid itu sendiri. Bukan sahaja jemaah bahkan semua petugas juga kita nak beri pemahaman,” katanya.

Sementara itu, di lokasi terakhir iaitu di Bukit Uhud, Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci, Mahmad Zukri Mad Hassan pula menjelaskan program ziarah luar Madinah ini telah diterangkan lebih awal kepada jemaah haji.

"Kita telah tekankan kepada jemaah ketika kursus haji di tanah air mengenai ziarah Madinah, di antaranya Perang Khandaq, Masjid Quba dan ziarah Maqam Rasulullah,” katanya.

Selain Masjid Quba dan Bukit Uhud, jemaah haji juga akan merasai sendiri ziarah Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh.

Petugas TH menziarahi perkuburan syuhada yang terletak di Bukit Uhud.

Aktiviti ziarah ini juga dibuat untuk memberi pengalaman kepada lebih 50 petugas TH Makkah yang bertolak pada petang Sabtu untuk memulakan tugas di sana.

Lebih 600 orang telah terpilih menjadi petugas Operasi Haji Tanah Suci (OHTS) tahun ini dan setakat ini lebih 160 orang telah tiba di Madinah sejak penerbangan pertama petugas TH pada 30 April.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!