La Liga bantu cungkil bakat muda negara

Iklan
La Liga menerusi Sambill Park akan menganjurkan Liga Remaja La Liga dan Kejohanan Remaja La Liga.

USAHA untuk mengetengahkan bakat pemain muda terus dipergiatkan dengan pengenalan Liga Remaja La Liga dan kejohanan Remaja La Liga yang akan berlangsung tahun ini.

Dua acara perdana oleh La Liga itu yang mendapat sokongan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bakal menjanjikan medan saingan yang terbaik bagi mencungkil bakat pemain muda tempatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Iklan
Iklan

Sepak mula saingan dimulakan dengan Liga Remaja La Liga 2024 pada Jun nanti disusuli Kejohanan Remaja La Liga 2024.

Saingan ala Liga yang mendapat lampu hijau oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini bakal menampilkan 100 pasukan dalam enam kategori umur dengan dua divisyen sekaligus menyajikan gabungan semangat kesukanan serta saingan yang menguji kemahiran tertinggi.

Iklan

Delegasi La Liga di Malaysia, Adrian pol berkata, La Liga komited terhadap pembangunan bola sepak yang mampan di seluruh dunia.

"Selepas kejayaan tiga edisi Kejohanan Remaja La Liga sebelum ini, kami berbangga dapat meneruskan dan mengembangkan lagi sokongan kami terhadap bola sepak akar umbi di Malaysia dengan memperkenalkan buat julung kalinya, Liga Remaja La Liga.

Iklan

"Meskipun perjalanan masih jauh, projek seumpamanya mampu mencipta keajaiban yang dibawakan La Liga buat semua peminat bola sepak di Malaysia," katanya.

Kejohanan oleh La Liga ini juga adalah saingan belia berlesen yang pertama di dunia turut menampilkan pasukan elit dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Maldives, India, Thailand, Filipina, Taiwan, Brunei, Laos dan lain-lain negara lagi.

Menariknya, kejohanan ini mengetengahkan pelbagai kategori peringkat umur bermula Bawah 8 tahun dan Bawah 21 tahun menjadikannya bukan sahaja saingan sengit tetapi mampu memupuk pertukaran budaya serta jalinan ukhwah persahabatan dalam kalangan pemain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!