JOHOR BAHRU - Tiada sebarang kelulusan atau permit dikeluarkan bagi penggunaan mercun 'Happy Boom Red Cracker’ (8 inci) secara terbuka.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamaruddin Md Din berkata, penggunaan mercun jenis itu adalah secara terhad bagi tujuan majlis atau sambutan perayaan yang memanfaatkan masyarakat dan berunsurkan keagamaan sahaja.