Houthi ikrar serang kapal menuju ke pelabuhan Israel

Iklan
Yahya Saree. - AFP

SANA - Kumpulan Houthi Yemen akan menyasarkan mana-mana kapal yang menuju ke pelabuhan Israel, menurut jurucakapnya, Yahya Saree menerusi siaran di televisyen, lapor Al-Jazeera.

"Kami akan mensasarkan mana-mana kapall menuju ke pelabuhan Israel di Laut Mediterranean dalam lingkungan yang kami capai," kata Yahya sambil menambah keputusan itu akan dilaksanakan segera semasa kenyataan itu diumumkan.

Iklan
Iklan

Houthi yang bersekutu dengan Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu berulang kali ke atas kapal di laluan perkapalan penting di Laut Merah, Selat Bab al-Mandab dan Teluk Aden sejak November lalu dalam apa yang dikatakan kempen solidariti menyokong Palestin dan menentang serangan Israel di Gaza.

Tindakan tersebut menyebabkan firma perkapalan mengalihkan semua kargo ke laluan yang lebih memakan masa dan mahal di sekitar Afrika Selatan.

Iklan

Dalam ucapannya, Yahya memetik 'operasi ketenteraan agresif' yang meningkat di Rafah di mana lebih 1.5 juta penduduk Palestin mendapatkan perlindungan.

Perdana Menteri Israel, Netanyahu telah melancarkan serangan darat ke Rafah dan serangan itu telah mencetuskan bantahan antarabangsa serta menggesa rejim Zionis menghentikan rancangannya itu.

Iklan

Netanyahu berkata operasi Rafah akan berlaku sama ada Hamas bersetuju atau tidak mengenai perjanjian gencatan senjata. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!