Soap opera PM Sepanyol, Pedro Sanchez
Iklan
MADRID - Drama politik selama lima hari di Sepanyol berakhir pada awal minggu lalu selepas Perdana Menteri, Pedro Sanchez mengumumkan beliau akan kekal memegang jawatannya meskipun pada mulanya pemimpin sosialis tersebut menyatakan kesediaan untuk berundur susulan siasatan rasuah yang dilancarkan ke atas isterinya, Maria Begona Gomez Fernandez.
Sanchez, 52, yang memimpin Madrid sejak Jun 2018 turut menyelar lawannya yang didakwa melancarkan 'kempen buli' selepas mahkamah membenarkan pasangannya disiasat.