Klopp tetap dengan keputusan tinggalkan Liverpool

Iklan
Klopp. Foto EPA

JURULATIH Liverpool, Juergen Klopp mengulangi pendirian kekal dengan keputusannya untuk meninggalkan Anfield akhir musim ini.

Kejayaan menumpaskan Tottenham Hotspur 4-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad tidak mampu mengubah fikirannya.

Iklan
Iklan

Biarpun kemenangan tersebut diraih dalam suasana yang cukup hebat, namun jawapan sama diberikan oleh jurulatih berusia 56 tahun itu.

"Tiada siapa memahaminya, saya cuba menjelaskannya. Saya tidak kata saya kurang gembira dengan atmosfera di stadium atau dengan cara kami beraksi.

Iklan

"Saya fikir apabila bercakap mengenainya, kami bermain bola sepak dengan cara luar biasa, jadi ia bukan perbezaannya.

"Jadi ia tidak mempengaruhi keputusan saya,” ujar Klopp.

Iklan

Dalam aksi itu, Liverpool meraih gol menerusi jaringan Mohamed Salah, Andy Robertson, Cody Gakpo dan Harvey Elliott, namun peluang untuk The Reds memburu kejuaraan liga adalah tipis.

The Reds ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Arsenal dengan baki dua lagi perlawanan.

Klopp turut menjelaskan mengenai pendekatan yang dilakukannya bagi meyakinkan penyokong Liverpool sejak dilantik pada 2015.

"Kelab ini sangat istimewa. Saya mengingatkan mereka betapa sangat membantu sekiranya mereka percaya dengan apa yang saya lakukan.

"Semua orang bersedia untuk bergerak bersama-sama. Itu yang kami buat selama lapan tahun," ujar Klopp yang akan membuat penampilan terakhir di Anfield apabila Liverpool menerima kunjungan Wolverhampton Wanderers pada 19 Mei.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!