PRK KKB: 863 polis, tentera dan pasangan undi awal esok

Iklan
Seramai 625 anggota polis, 238 orang tentera dan pasangan akan mengundi awal dalam PRK KKB pada Selasa. Foto Bernama

HULU SELANGOR - Seramai 625 anggota polis, 238 orang tentera dan pasangan akan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.

Proses pengundian akan berlangsung di dua pusat mengundi awal iaitu di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri dan Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia, yang mengandungi tiga tempat mengundi atau saluran awal.

Iklan
Iklan

Kedua-dua pusat mengundi awal akan dibuka mulai 8 pagi sebelum ditutup pada 5 petang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di sebelah pagi pada hari pengundian manakala ribut petir pada sebelah petang.

Iklan

PRK itu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

DUN KKB memiliki sebanyak 40,226 pengundi berdaftar.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada Sabtu ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!