Pengumuman PM isyarat percepatkan LRA - Saarani

Iklan
Saarani (empat dari kiri) bergambar bersama warga kerja di Bangunan Perak Darul Ridzuan ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Ipoh.

IPOH - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembekalan air bersih ke Pulau Pinang itu memberi isyarat bahawa pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di daerah Kerian dapat dipercepatkan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamed berkata, pembinaan LRA itu bukan sahaja menampung keperluan bekalan air untuk Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) dan pertanian di kawasan berkenaan malah dapat menjual air terawat ke Pulau Pinang.

Saarani

Iklan
Iklan

"Kita telah memohon peruntukan kerajaan Persekutuan untuk membina LRA berikutan perbincangan sebelum ini kerajaan Pulau Pinang sanggup membeli air terawat.

"Jadi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim mengetuai pasukan Jawatankuasa Bersama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Datuk Rosli Isa).

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 warga Bangunan Perak Darul Ridzuan di Dewan Bankuet di sini pada Isnin.

Saarani berkata, kerajaan negeri telah membuat persiapan untuk memindahkan air dari Sungai Perak ke Kerian dan projek pembinaan LRA akan segera dimulakan sebaik menerima peruntukkan tersebut.

Iklan

"Permohonan dimohon untuk Rolling Plan seterusnya dari kerajaan Persekutuan dan perbincangan selanjutnya akan dilakukan selepas ini.

"Proses ini akan mengambil masa tetapi apa yang paling penting adalah Pulau Pinang memerlukan air pada tahun 2030. Jadi, kita tiada masalah melainkan kerajaan Persekutuan bersedia menyalurkan peruntukan.

"Kita bersedia untuk memudahkan segala apa yang diperlukan. Segala kemudahan tiada masalah kerana kita memang sudah buat persiapan untuk memindahkan air ke Kerian," katanya.

Media pada Ahad mengumumkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Saarani telah bersetuju untuk membekalkan air ke Pulau Pinang dari Sungai Perak.

Anwar berkata, pembekalan itu akan melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian sehingga ke kawasan Seberang Perai dan fasa pertama bekalan air tersebut akan meliputi kawasan Seberang Perai Selatan (SPS) termasuk Nibong Tebal dan Sungai Bakap.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!