Remaja 16 tahun terima Sijil Hafazan Bersanad 30 Juzuk di Makkah

Iklan
Muhd Aidit Baihaqi (tengah) terima Sijil Hafazan Bersanad 30 Juzuk

KEMAMAN - Seorang pelajar berusia 16 tahun dari Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Raudhah Ribat Assyafie, Kijal di sini berjaya menamatkan hafazan bersanad 30 juzuk bersama Institut Maqra’ah Al Alamiah yang berpusat di Makkah.

Muhd Aidit Baihaqi Muhd Nasir telah menerima Sijil Hafazan Bersanad 30 Juzuk dari Institut Maqra’ah Al Alamiah, Makkah pada 2 Mei lepas.

Iklan
Iklan

Pengasas yang juga mudir Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Raudhah Ribat Assyafie, Datuk Mohd Arif Ismail berkata, Muhd Aidit merupakan perintis kepada program pengajian hafazan bersama institut tersebut yang dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.

"Pelajar ini mengikuti kelas bersama guru-guru di Makkah secara online mengikut jadual ditetapkan. Kebiasaan kelas di Malaysia bermula pada waktu antara jam 5 hingga 6 pagi secara dalam talian.

Iklan
Muhd Aidit Baihaqi (dua dari kanan) berjaya menamatkan hafazan bersanad 30 juzuk bersama Institut Maqra’ah Al Alamiah yang berpusat di Mekah

"Pelajar yang mengikuti program secara dalam talian itu mengambil masa lebih kurang satu tahun enam bulan untuk menamatkan hafazan bersanad dan bergelar hafiz.

"Ia sangat memberi manfaat kepada pelajar kerana dapat meningkatkan tahap bacaan serta tajwid yang lebih baik sekiranya menyertai program ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Arif berkata, program pengajian hafazan itu merupakan sebuah program yang besar kerana satu-satunya pusat tahfiz di negara ini yang menawarkan sijil Sijil Hafazan Bersanad 30 Juzuk dari Institut Maqra’ah Al Alamiah, Makkah.

"Sijil ini diiktiraf di Makkah di bawah Institut Maqra’ah Al Alamiah. Selain itu, kita sasarkan untuk membuka penyertaan kepada semua pihak untuk sertai program ini.

"Ia bukan melibatkan pelajar dari Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Raudhah Ribat Assyafie sahaja malah kita mahu buka peluang tersebut kepada semua pelajar tahfiz di Malaysia untuk ikuti program ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Arif berkata, dua orang pelajar iaitu Muhamad Syakirin Mohd Salleh, 19 dan Abdullah Muqri Abd Aziz,18, berjaya menamatkan hafazan bersanad 30 juzuk bersama Institut Maqra’ah Al Alamiah yang berpusat di Mekah pada tahun lepas.

"Tahun depan kita sasarkan dua orang untuk tamatkan hafazan bersanad 30 juzuk selain masih ada lapan orang lagi yang menunggu giliran untuk habiskan hafazan bersanad itu.

"Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Raudhah Ribat Assyafie yang mula beroperasi pada tahun 2012 kini sudah berjaya melahirkan lebih 30 hafiz.

"Pelajar-pelajar ini ada yang menjadi tenaga pengajar di sini, ada yang bekerja sendiri serta membuka perniagaan selain melanjutkan pengajian di luar negara," jelasnya.