Warga UMK buat solat sunat Istisqa mohon hujan

Iklan
Lebih 100 warga UMK menunaikan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan berikutan fenomena cuaca panas dan kering yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu pada Isnin.

BACHOK - Lebih 100 warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menunaikan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan berikutan fenomena cuaca panas dan kering yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu pada Isnin.

Solat sunat tersebut diimamkan oleh Pengarah Pusat Islam UMK, Profesor Madya Dr Mohd Zain Mubarak.

Iklan
Iklan
Solat sunat bermula pada jam 8 pagi diiikuti dengan khutbah ringkas dan diakhiri dengan doa semoga permohonan pada pagi itu dimakbulkan.

Hadir sama Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Razli Che Razak.

Menurut Ketua Rakan Masjid UMK, Muhammad Al Amin, ibadah sunat Istisqa sebagai ikhtiar memohon hujan daripada ALLAH SWT berikutan keadaan cuaca panas yang berlarutan.

Iklan
Ibadah sunat Istisqa sebagai ikhtiar memohon hujan daripada ALLAH SWT berikutan keadaan cuaca panas yang berlarutan.

Ujarnya, solat sunat bermula pada jam 8 pagi diikuti dengan khutbah ringkas dan diakhiri dengan doa semoga permohonan pada pagi itu dimakbulkan.

"Alhamdullilah majlis berjalan lancar dan moga kita bersama-sama memohon ALLAH menurunkan hujan bermanfaat kepada negeri Kelantan khususnya di UMK,” katanya.

Iklan
Warga UMK terpaksa memakai pelitup muka apabila kawasan universiti tersebut terkesan dengan pembakaran hutan di kawasan berhampiran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!