SEREMBAN - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini masih belum beroperasi berikutan air mentah masih mempunyai bau minyak yang kuat.
Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dalam kenyataan memaklumkan, bau minyak yang kuat itu menyebabkan pengeluaran air terawat terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.
Iklan
Iklan
"Loji akan beroperasi semula setelah didapati tiada lagi pencemaran bau.
"Selain itu, penghantaran air menggunakan tujuh lori tangki Sains dilakukan dengan bantuan rakan operator iaitu Air Selangor, Pengurusan Air Pahang Berhad, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Syarikat Air Terengganu,” menurut kenyataan itu hari ini.
Justeru, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan dan menggunakan air secara berhemah semasa tempoh gangguan.
Disebabkan ini, sebahagian besar kawasan Port Dickson mengalami gangguan bekalan air termasuk di Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning, Tampin- Linggi sehingga sekitar kawasan Pekan Port Dickson hingga Lukut. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!