Perak FC kecam serangan insiden Faisal, Akhyar

Iklan
Perak FC mendoakan kesihatan Faisal dan Akhyar. Foto Perak FC

IPOH - Perak FC mengecam insiden serangan hingga mencederakan pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan Akhyar Rashid.

Skuad The Bos Gaurus menerusi hantaran di Facebooknya berharap pihak polis melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.

Iklan
Iklan

"Kami mendoakan Akhyar dan Faisal dipermudahkan urusan dan lekas sembuh bagi kembali mengharumkan nama negara dalam sukan bola sepak,” katanya di sini pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan, Akhyar diserang menggunakan cota selepas pulang daripada sesi latihan bersama Terengganu FC di Kuala Terengganu minggu lalu sehingga memerlukan jahitan di kepala.

Iklan

Pada Ahad, Faisal pula diserang oleh individu tidak dikenali hingga mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badan.

Mangsa dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, sebelum polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 5.52 petang.

Iklan

Susulan itu, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di Pandan Indah, Ampang pada Isnin bagi membantu siasatan membabitkan pemain bola sepak negara itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!