LRA Sungai Linggi sudah beroperasi - MB Negeri Sembilan

Iklan
Aminuddin

SEREMBAN - Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi yang ditutup sementara susulan terdapat bau bahan bakar yang tinggi beroperasi semula pada Isnin selepas sumber air mentah kembali pulih.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataannya berkata, ujian bau mencatatkan rekod sehingga 11 Ton pada Ahad, jam 9.20 pagi dan rekod bacaan tertinggi adalah mencecah 21 Ton pada jam 10.30 pagi hari sama.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, bacaan kadar bau tersebut semakin menurun dan pada hari ini jam 4.30 pagi dengan bacaan Ton yang direkodkan adalah pada 2 Ton. Sumber air mentah telah kembali pulih dan LRA Linggi telah memulakan semula operasi sekitar jam 1.30 tengah hari.

"Pemberhentian operasi LRA Sungai Linggi ini telah memberikan kesan gangguan bekalan air kepada seramai 37,000 pengguna yang berada di daerah Port Dickson dan sebahagian di daerah Seremban," katanya pada Isnin.

Iklan

Ujarnya, sepanjang gangguan bekalan air tersebut, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) telah melaksanakan beberapa inisiatif.

"Selain itu, kita turut mendapat lori tambahan daripada operator air yang lain bagi menambahkan penghantaran air ke kawasan terjejas," katanya.

Iklan

Katanya, kerajaan negeri amat komited dan tidak akan berkompromi ke atas mana-mana individu atau organisasi yang didapati telah melakukan kesalahan mencemarkan sumber air mentah di Negeri Sembilan.

"Tindakan tegas akan dikenakan sama ada dalam bentuk kompaun, denda atau penjara selaras dengan perundangan yang terlibat bagi kesalahan ini, orang awam digalakkan menjadi mata dan telinga pihak kerajaan negeri sekiranya terlihat kejadian seumpama ini berlaku pada masa akan datang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!