Kerajaan negeri komited bantu pengusaha inap desa
Iklan
Mohd Salleh. Laporan Sinar Harian
ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan berusaha membantu pengusaha inap desa meningkatkan pendapatan mereka terutamanya sempena Tahun Melawat Kedah 2025.
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, kerajaan negeri terutamanya di bawah portfolionya tidak pernah menganaktirikan mana-mana pengusaha pelancongan.
Iklan
Iklan
Katanya, ini kerana pelancongan adalah salah satu sektor yang menyumbang kepada ekonomi negeri Jelapang Padi berkenaan.
"Kita ambil maklum mengenai cabaran yang dihadapi pengusaha inap desa seperti yang disuarakan pengusaha Homestay Sedim sebelum ini.
Iklan
"Insya-ALLAH kita akan cuba membantu mereka meningkatkan promosi untuk menarik pengunjung ke Kampung Sedim terutamanya ketika Tahun Melawat Kedah 2025," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Sebelum ini, menerusi kolum Apa Khabar Rakyat yang disiarkan Sinar Harian, Penduduk Kampung Sedim menyuarakan kegusaran apabila menghadapi kekangan promosi dan dana sehingga menyebabkan perniagaan komuniti berkenaan kurang berkembang dan tidak begitu popular.
Iklan
Pengerusi Homestay Sedim, Abdul Mutalib Che Sa berkata, mereka lazimnya menerima tetamu terdiri daripada pelancong luar negara dan penuntut universiti yang mengadakan program khas berbanding pengunjung persendirian.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam