Sempadan Rafah masih dibuka untuk penghantaran bantuan, penumpang

Iklan
Rakyat Palestin di Rafah membawa barang untuk berpindah susulan konflik antara Israel dan Hamas. Foto AFP

SINAI - Sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir masih dibuka untuk laluan penghantaran bantuan kemanusiaan dan penumpang, kata sumber dari Mesir dan pihak berkuasa sempadan di Gaza pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Maklumat diperoleh setelah Israel memulakan langkah untuk mengosongkan Bandar Rafah di selatan Gaza, yang bersempadan dengan Mesir, menjelang operasi ketenteraan Israel yang dijangka dilaksanakan di sana.

Iklan
Iklan

Seorang sumber keselamatan Mesir menafikan laporan Mesir menutup laluan sempadan, sambil menambah trak bantuan kemanusiaan telah menyeberang masuk ke Gaza.

Seorang pegawai bulan sabit merah berkata 40 trak membawa bantuan kemanusiaan dan ubat-ubatan telah menyeberangi sempadan setakat ini sementara 250 lagi trak sedang dipersiapkan.

Iklan

Lebih daripada 1,000 orang telah menyeberang dari Gaza ke Mesir, termasuk 800 orang Palestin selain warga Mesir dan negara lain kata organisasi itu sambil menambah 25 pekerja bantuan kemanusiaan telah menyeberang masuk ke Gaza. - Bernama-dpa

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan