'Apa salah saya, tanya Faisal Halim'

Iklan
Faisal Halim disimbah asid ketika membawa keluarganya ke pusat membeli belah di Damansara sehingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap dua.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkongsi luahan kesedihan Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada Ahad.

Hamidin yang melawat Faisal di hospital selepas kejadian itu berkata, pemain Selangor FC itu menangis dan tertanya-tanya kenapa dia diperlakukan sebegitu rupa.

Iklan
Iklan

"Saya orang pertama yang berjumpa dengan Faisal dan isterinya di bahagian kecemasan. Saya sempat berborak dengannya.

"Dia cakap 'Apa salah saya Datuk. Kenapa saya kena macam ini.' Dia menangis dengan keadaan dia pada ketika itu yang dalam kesakitan," katanya dalam temubual dengan Sukan Sinar di Wisma FAM Kelana Jaya pada Isnin.

Iklan

Hamidin turut mengharapkan agar Faisal segera pulih selain mengakui kesal dengan kejadian yang menimpa pemain sayap kebangsaan itu.

Faisal disimbah asid ketika membawa keluarganya ke pusat membeli belah di Damansara sehingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap dua.

Iklan

Dia juga sedang mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital di Shah Alam dan sudah menjalani pembedahan pertama pada Isnin.

Namun, keadaanya dilaporkan berada pada tahap kurang baik dan berada dalam pemantauan doktor.