KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mahu melihat program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara.
Menerusi catatan di laman Facebook, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, kursus TVET perlu dijadikan pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiari.