Anwar pecah tembok politik balas dendam
Iklan
KUNJUNGAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini ke Kelantan dan Kedah, dua negeri diperintah pembangkang, Perikatan Nasional (PN) menarik perhatian dan interpretasi ramai.
Di Kelantan, Anwar bertemu Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan berbincang perkara berkaitan kepentingan negeri Cik Siti Wan Kembang itu termasuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa.