Kerja dan gaji
Iklan
JIKA kita rajin membaca cerita tentang isu pekerja di seluruh dunia, ada tiga istilah yang selalu muncul iaitu underpaid (terkurang bayar), overwork (terlebih kerja) dan undervalued (terbawah nilai).
Ia sepertinya rintihan para pekerja di seluruh dunia. Dalam dunia yang menyaksikan kegawatan ekonomi berlaku di mana-mana, salah satu cara untuk organisasi kekal bertahan ialah mengurangkan pekerja, menambah banyak kerja dan mengurangkan gaji. Sifir mudahnya, kos operasi dapat dikurangkan. Tapi, dalam semua keadaan, pekerja ialah orang yang selalu menjadi mangsa.