Antara hina wajah dan dipaksa melutut, mana lebih aib?

Iklan
Laporan Sinar Harian

MERAK Jalanan perhatikan macam-macam kontroversi berlaku dalam dunia artis Malaysia ketika ini.

Sejak sebelum Ramadan lepas kita telah dihidangkan kisah 'penyondolan' dan kes kecurangan yang tidak berkesudahan, sehingga melibatkan banyak pihak membuka mulut.

Iklan
Iklan

Namun, antara semua kes ini, yang menarik perhatian Merak Jalanan ialah apabila seorang pemuda menghina wajah bayi yang merupakan anak seorang artis dengan kata-kata kesat di media sosial.

Dia kemudian berjaya dipanggil selebriti berkenaan, namun tidak cukup dengan ungkapan maaf, isteri artis itu yang tidak dapat menahan kemarahan memintanya melutut terlebih dahulu.

Iklan

Aksi melutut pemuda itu yang turut dirakam dan ditularkan telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Ada yang setuju dan ramai juga meluahkan rasa tidak puas hati kerana dirinya dimalukan sedemikian rupa.

Iklan

Bagi Merak Jalanan, apabila berlaku isu seperti ini, ia perlu ditangani dengan bijak oleh kedua-dua belah pihak.

Cukuplah dengan rakaman dirinya kemudian dibawa ke masjid untuk solat sebagai menunjukkan dia telah insaf dan tidak akan mengulangi kesilapannya lagi.

Mungkin juga artis berkenaan boleh merakam video pemuda itu menitipkan pesanan kepada pengguna media sosial lain agar tidak menghina orang lain kerana ia perbuatan keji dan tidak bermaruah.

Apa pun bagi Merak Jalanan, pengajaran dari kisah ini ialah kalau tidak mahu diri diaibkan orang lain, janganlah mulakan komen yang bukan-bukan.

Ada banyak cara menangani stres dalam hidup ini, termasuklah bersukan dan lakukan apa sahaja hobi bermanfaat.

Antara hina wajah bayi dan dipaksa melutut, kedua-duanya pun mengaibkan tetapi pasti boleh dielak jika tiada pihak yang mula 'main api'.

Pantaulah jari-jemari kita ya, jangan semua benda hendak dikomen!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!