Segalanya ada di Kampung Permatang Berangan

Iklan
Taman tema mini Berangan Aqua Park pasti mengujakan kanak-kanak.

MAHU meninggalkan hiruk-pikuk kesibukan kota buat seketika untuk mencari ketenangan, Kampung Permatang Berangan di Pinang Tunggal, Kedah, ada jawapannya.Lihat sendiri pemandangan indah permai dihiasi hamparan sawah padi terbentang luas menjadikan suasana perkampungan itu begitu mendamaikan.

Tidak cukup dengan itu, Pangkalan Sepit Biru yang dikhabarkan lubuk kaki pancing menyediakan perkhidmatan bot selain sentiasa dikunjungi pemburu udang galah.

Iklan
Iklan

Selain itu, kemudahan penginapan dan inap desa diusahakan penduduk tempatan termasuk ada yang dilengkapi kolam mandi dengan harga berpatutan sekitar RM120 dan RM350 juga menjadi tarikan pengunjung untuk menginap.

Berangan Pool Cottage menyediakan 10 bilik penginapan.

Bagi 'food hunter', usah bimbang kerana daerah ini terkenal dengan pelbagai jenis masakan enak dan menu istimewa, dijual dengan harga berpatutan serta cukup mudah diperolehi.

Iklan

Lebih menarik, taman tema mini lengkap dengan chalet dan bilik tidur menggamit kanak-kanak sehingga ada keluarga ada tidak sabar menempah penginapan setiap kali hari cuti.

Kebun Padi Campside di Kampung Permatang Berangan menawarkan suasana desa yang dikelilingi sawah padi.

Dengan harga tiket serendah RM9 seorang, sudah pasti memberi kepuasan bermain air bagi kanak-kanak terutama menghabiskan waktu yang ada bersama ahli keluarga atau saudara mara di Berangan Aqua Park.

Iklan

Pada masa sama, aktiviti hiliran lain seperti produk industri desa yang wujud secara tidak langsung membantu menjana ekonomi setempat.

Pengurus Kumpulan Berangan, Mohd Fikri Mohd Fazil berkata, kebanyakan pekerjaan yang wujud setelah lokasi itu menjadi tumpuan ramai majoritinya diisi penduduk kampung.

Pemancing tidak akan melepaskan peluang memancing udang galah.

Ia bukan sahaja menjadikan mereka lebih cekap dalam menyediakan perkhidmatan sosial, malah meningkatkan taraf hidup ke arah lebih baik.

"Untuk acara yang memerlukan kehadiran ramai, pengunjung boleh menyewa bilik seminar atau Dewan Seri Berangan bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk majlis keraian.

Kemudahan pengangkutan air di Pangkalan Sepit Biru.

"Pendek kata, semua kemudahan ini tersedia hanya menunggu pengunjung tiba untuk menikmati keindahan yang ada,” katanya.

Dengan jarak hanya kira-kira lima kilometer dari Plaza Tol Sungai Petani Selatan, sudah pasti destinasi percutian kali ini paling diingati dan teruja untuk diulang kembali.

Pangkalan Sepit Biru menjadi tumpuan pemburu udang galah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!