Kejuaraan Remaja Selangor buah tangan awal POS

Iklan
Dari kiri, Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, Presiden POS, Nurhayati Karim; wakil Ocean Sports, Desmond Ling; Ketua Bahagian Penjualan Borong PUMA, Boon Shao Hong; Ketua Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital Bukit Jalil, Dr Malvinder Singh.

KEJUARAAN Remaja Selangor 2024 merupakan buah tangan awal Persatuan Olahraga Selangor (POS) di bawah kepimpinan Nurhayati Karim, yang memulakan fokus untuk mencungkil bakat baharu masa depan.

Aktiviti pertama kepimpinan Nurhayati yang menjadi wanita pertama menerajui persatuan itu pada Disember lalu, berjaya menarik 1,650 atlet mewakili 62 pasukan dalam kategori Bawah 15 dan Bawah 21 Tahun di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Jelas, Nurhayati objektif utama POS adalah untuk mengukuhkan pembangunan akar umbi dan memulihkan sistem kelab di Selangor.

Tambahnya, Kejuaraan Remaja Selangor yang berlangsung tiga hari adalah inisiatif pertama pengurusan baharu untuk meningkatkan pembangunan peringkat akar umbi, berjaya menarik penyertaan memberangsangkan sekali gus satu perkembangan positif untuk persatuan itu.

Iklan

"Kami juga cuba memulihkan sistem kelab di Selangor dan akan ada lebih banyak persaingan pada masa akan datang untuk menyokong inisiatif kami.

"Kami berharap jurulatih dari sekolah, kelab dan sektor korporat dapat membantu membangunkan atlet di negeri ini,” katanya.

Iklan

Sementara itu, POS turut menerima sokongan penaja peralatan sukan daripada PUMA melalui Ocean Sports yang menjadi penaja pakaian untuk pasukan olahraga Selangor.

"Puma melalui Ocean Sports telah berjanji menjadi penaja pakaian kem olahraga Selangor bagi Sukma Sarawak 2024. Kami berbesar hati mendapat sokongan mereka.

"PUMA juga telah menaja baucar RM50 untuk semua pemenang pingat Kejuaraan Remaja Selangor 2024.

"Hospital Asia Colombia, turut menyokong untuk menyediakan sokongan perubatan semasa semua acara POS" katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!