Ayat 'Jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral, semangat PN runtuh - Fahmi

Iklan
Fahmi Fadzil. Foto Bernama

HULU SELANGOR - Ayat"jika ditakdirkan Pakatan Harapan (PH) menang” seolah-olah membayangkan moral dan semangat Perikatan Nasional (PN) telah runtuh, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), Sabtu ini.

Iklan
Iklan

"Jadi ayat itu telah membayangkan bahawa moral, semangat di pihak Perikatan Nasional telah runtuh dan seolah-olah mereka telah hampir sedia mengaku kalah,” katanya menerusi aplikasi TikTok pada Selasa.

Semalam media melaporkan Takiyuddin mendakwa bahawa kerajaan menyalahgunakan aset untuk berkempen pada PRK KKB dan PN akan memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya sekiranya PH menang pada PRK berkenaan.

Iklan

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!