Tidak semua dokumen Kementerian Pertahanan adalah ‘rahsia’

Iklan

KUALA LUMPUR - Kertas Putih Pertahanan akan dibentangkan kepada Parlimen dan rakyat September ini adalah usaha Kementerian Pertahanan untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan, inisiatif ini diperkenalkan untuk mewujudkan mekanisme semak dan imbang serta kebertanggungjawaban kepada rakyat dan Parlimen.

Iklan
Iklan

"Kertas Putih ini akan berperanan memaklumkan kepada Parlimen dan rakyat berhubung cabaran semasa Kementerian Pertahanan.Usaha ini bukan bermakna untuk mendedahkan keseluruhan kepentingan strategik dan kerahsiaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Tetapi ke arah meningkatkan ketelusan, kefahaman masyarakat terhadap kepentingan pertahanan dan keselamatan, sokongan rakyat terhadap isu dan cabaran baharu keselamatan.

Iklan

"Kita tidak mahu segala perkara diletakan sebagai sulit sehingga tidak wujud mekanisme semak dan imbang,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas Menteri Pertahahan di Wisma Perwira ATM, di sini, hari ini.

Menurutnya, usaha ini termasuklah mewujudkan hala tuju yang jelas terhadap Dasar Pertahanan Negara yang akan menyatakan aspirasi pertahanan negara.

Iklan

"Diharapkan selepas ini, keputusan-keputusan penting akan dibuat berdasarkan Dasar Pertahanan Negara yang telah dipertimbangkan dan dibincangkan secara terperinci dan bukan mengikut kesukaan ahli-ahli politik semata-mata untuk mencari ‘political mileage’.

"Hal ini kerana kerana Jabatan Audit pernah mendedahkan ada orang-orang politik yang membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan ATM secara keseluruhannya,sebaliknya ia dibuat hanya berdasarkan kepentingan politik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja memaklumkan, Malaysia sebagai kuasa sederhana dan berkecuali di laluan strategik, kita boleh memainkan peranan utama yang mempelopori perdamaian di sebalik konflik dan pertikaian di Laut China Selatan.

Katanya, peranan Malaysia ialah untuk mewujudkan dan mempraktikkan satu garis panduan bagi mengelakkan sebarang petembungan di laut dan di udara yang perlu diberi perhatian.

"Ini tidak bermakna kita mahu mencari pihak yang benar atau yang salah, tetapi keutamaan kita ialah memastikan tiada sebarang pertembungan dua dimensi (di laut dan udara) atau perlumbaan senjata dan ketenteraan di Laut China Selatan.

"Oleh itu, ketegasan bersama di peringkat negara-negara Asean dalam hal ini mesti dipastikan berterusan,” katanya.