Briged Tenggara rekod nilai rampasan lebih RM21 juta dalam lima bulan

Iklan
Briged Tenggara PGA merekodkan rampasan pelbagai barangan lebih RM21.292 juta sepanjang tempoh lima bulan tahun ini menerusi penguasaan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

RANTAU PANJANG - Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) merekodkan rampasan pelbagai barangan lebih RM21.292 juta sepanjang tempoh lima bulan tahun ini menerusi penguasaan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Kejayaan itu melalui penugasan Op Taring Wawasan Kelantan yang melibatkan Batalion 7 PGA Kuantan, Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa dan Batalion 9 PGA Kuala Terengganu.

Iklan
Iklan

Timbalan Komander, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, sepanjang tempoh tersebut pasukan itu berjaya menahan 484 individu atas pelbagai kesalahan bermula dari Januari hingga semalam.

"Kejayaan ini hasil usaha dan kerjasama utuh antara semua agensi penguatkuasaan lain termasuk Polis Kontinjen Kelantan.

Iklan

"Kami akan memastikan kawalan sempadan terus berada pada tahap terbaik menerusi rondaan secara berkala melalui penugasan Op Taring Wawasan Kelantan," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurut beliau, pihaknya menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat dalam usaha membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan terutama penyeludupan.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!