3 lelaki termasuk dua warga asing direman kes seludup diesel

Iklan
Ketiga-tiga individu (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.

MELAKA - Tiga individu termasuk seorang pemandu lori dan dua penjaga stor warga asing direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket penyeludupan diesel bersubsidi.

Perintah reman bermula Selasa sehingga Khamis ini terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berusia 28, 31 dan 34 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisak Hassni.

Iklan
Iklan

Terdahulu mereka dibawa oleh pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka ke Kompleks Mahkamah Melaka lebih kurang jam 12.10 tengah hari.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan kegiatan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang beroperasi di sebuah stor di hujung jalan berjaya dibongkarkan KPDN Melaka.

Iklan

Stor yang dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di luar dan dalam bangunan itu telah dijadikan lokasi transit bagi pengedaran diesel bersubsidi rentas negeri pertama di negeri ini sejak setahun lalu.

Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar, berkata, berdasarkan maklumat dan risikan yang dilakukan telah menyerbu stor tersebut dan menyita sebuah lori tangki berwarna putih membawa muatan 27,000 diesel dianggarkan bernilai lebih RM75,000.

Iklan

Menurutnya, ketika serbuan terdapat tiga individu dalam gudang itu termasuk dua warga Bangladesh yang bertindak sebagai penjaga stor dan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang merupakan pemandu lori tangki berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!