PTPTN anjur Kempen Cabutan Siri WOW! Kasih, tawar hadiah keseluruhan RM100,000

Iklan
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bermula 1 Mei 2024 sehingga 30 Jun depan.

PENDEPOSIT yang membuka atau membuat penambahan simpanan dalam skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bermula 1 Mei 2024 sehingga 30 Jun depan, berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 yang ditawarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sempena Kempen Cabutan Siri WOW! Kasih.

Kempen julung kali diadakan tersebut terbuka kepada semua pendeposit Simpan SSPN iaitu Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.

Iklan
Iklan

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, hadiah utama berjumlah RM10,000 untuk satu pemenang dan hadiah saguhati berjumlah RM500 disediakan untuk setiap 180 pemenang.

Menurutnya, pendeposit Simpan SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah yang lumayan, mereka bakal menikmati pelbagai keistimewaan dan manfaat Simpan SSPN.

Iklan

"Produk simpanan ini merupakan satu-satunya yang menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, memberikan perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah,

"Detik istimewa adalah apabila kita menghargai jasa dan pengorbanan insan tersayang dengan membuat penabungan awal bagi pendidikan anak-anak melalui Simpan SSPN.

Iklan

"Simpan lebih, peluang menang pun lebih. Pembukaan akaun atau penambahan simpanan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN dengan lebih mudah, cepat dan selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, untuk menyertai kempen tersebut, pendeposit hanya perlu membuka atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

Katanya, setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu cabutan, manakala bagi setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua cabutan secara automatik.

"Menariknya, kelebihan juga diberikan kepada pengguna myPTPTN yang akan mendapat cabutan berganda. Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus, akan mendapat lima cabutan.

"Pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus pula akan mendapat sepuluh cabutan," katanya.

Untuk rekod, sehingga 31 Mac 2024, deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM17.75 bilion dengan akaun sebanyak 6.32 juta.

Layarilah portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my untuk maklumat lanjut.