Faisal Halim mohon doa rakyat Malaysia

Iklan
FAISAL

PENYERANG Selangor FC, Faisal Halim meminta rakyat Malaysia dapat mendoakan dirinya cepat sembuh selepas mengalami kecederaan teruk akibat disimbah asid pada Ahad lalu.

Perkara itu dikongsikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar ketika melawat Faisal di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurut Shahril, beliau sempat berjumpa dengan Faisal sebelum dia menjalani pembedahan kedua pada jam 5.30 petang tadi.

"Saya sempat berjumpa dengannya. Dia (Faisal) minta doa supaya cepat sembuh dan kirim salam kepada kawan-kawan.

Iklan

"Jadi, kita doakan kesembuhannya dan doakan agar pembedahan kedua petang ini berjalan lancar," katanya.

Faisal kini sedang mendapatkan rawatan rapi dan doktor juga mengesahkan dia mengalami kelecuran tahap empat susulan simbahan asid sulfurik pekat oleh individu tidak dikenali.

Iklan

Pemain sayap kebangsaan itu juga dijadualkan menjalani beberapa lagi pembedahan dalam masa terdekat.