'Anjing panda' muncul di zoo China?

Iklan
Anjing dari baka 'chow-chow' diwarnakan mirip seperti panda gergasi di sebuah zoo di China. - Agensi

NANJING - Kehadiran dua ekor 'anjing panda' di sebuah zoo di China berjaya mengelirukan ramai pengunjung apabila haiwan itu dicat dengan warna supaya kelihatan corak berbulu seperti panda gergasi.

Menurut laporan media tempatan, anjing berkenaan adalah daripada spesies Chow Chow, yang sememangnya sengaja ditempatkan di zoo berkenaan sebagai salah satu cara menarik perhatian pengunjung.

Iklan
Iklan

Malah jelas seorang pekerja zoo berkenaan, pihak mereka belum mampu membawa panda sebenar disebabkan kekangan fasiliti kandang yang terlalu kecil untuk memuatkan panda gergasi

Meskipun orang ramai termakan dengan helah berkenaan kerana berjaya menarik kemasukan ramai pengunjung ke zoo tersebut, segelintirnya menyifatkan bahawa pihak zoo tidak berperikemanusian kerana sanggup melakukan perkara zalim itu ke atas anjing-anjing tersebut.

Iklan

Bagi setiap pengunjung yang ingin melihat 'anjing panda' itu mereka dikenakan bayaran sebanyak 20 yuan (RM13) bagi tiket dewasa.

Seoang pekerja zoo menjelaskan kepada media tempatan, Jingsu News bahawa inisiatif itu bertujuan menarik lebih ramai pengunjung dan menjadikan pengalaman mereka lebih menyeronokkan.

Iklan

Pihak Zoo Taizhou berkata, bulu anjing adalah sama dengan rambut manusia dan ia boleh dicelup dan pada masa sama tidak berbahaya kepada haiwan itu. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!