KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan kerajaan negeri untuk menubuhkan Mahkamah Utama Syariah bagi melicinkan lagi undang-undang syariah di negeri itu.
Baginda bertitah buat masa ini, Pahang mempunyai tiga peringkat undang-undang syariah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.
"Undang-undang Islam dan hukum kanun di Pahang bermula sejak zaman Sultan Pahang ke-12 dan ia diperbaiki dari semasa ke semasa.
Titah baginda itu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Al-Sultan Abdullah bertitah cadangan itu telah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), untuk tindakan seterusnya.
ICCEIW merupakan persidangan yang julung kali diadakan kerajaan Pahang dengan kerjasama Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Yayasan Pahang, MUIP dan Kesatuan Universiti-universiti Islam Sedunia (Rabitah al-Jamiat al-Islamiyyah).
Persidangan selama tiga hari bermula Ahad, disertai 300 peserta dari 22 negara antaranya Indonesia, Brazil, Syria, India, Libya, Tunisia, Kanada dan Arab Saudi.
Persidangan itu yang turut disertai Rektor Universiti Al-Azhar, Prof Dr Salamah Daud, bertujuan untuk menyediakan satu dimensi baru perbincangan ilmu dalam bidang-bidang ilmu, terutama bidang pendidikan. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!