Aktiviti ketenteraan Israel di Rafah, mimpi ngeri kemanusiaan - PBB

Iklan
Antonio Guterres Foto AFP

HAMILTON (Kanada) - Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan menyifatkannya sebagai"kesilapan strategik, malapetaka politik, dan mimpi ngeri kemanusiaan”.

"Saya terganggu dan tertekan dengan aktiviti ketenteraan yang diperbaharui di Rafah oleh tentera Israel,” kata Guterres, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Menekankan kepentingan kritikal untuk membuka semula lintasan Rafah dan Karem Shalom, Guterres menyeru agar pintu masuk itu dibuka semula dengan serta-merta.

Mengakui kesan buruk serangan itu, ketua PBB berkata:"Serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, malapetaka politik dan mimpi ngeri kemanusiaan."

Iklan

Beliau seterusnya merayu kepada"semua pihak yang mempunyai pengaruh ke atas Israel untuk melakukan segala yang mereka mampu untuk membantu mengelakkan tragedi yang lebih besar. - Bernama-Anadolu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan