Aiden Tai, Yi Belle mula langkah kanan

Iklan
Aiden Tai (gambar kecil) melakukan pukulan dalam aksi Pusingan Pertama Kejuaraan Golf 100PLUS Srixon 2024 di Kelab Golf Templer Park, Rawang pada Selasa.

AIDEN Tai John Roberts untuk memimpin kedudukan Pusingan Pertama Kejuaraan Golf 100PLUS Srixon 2024 di Kelab Golf Templer Park, Rawang pada Selasa.

Aiden mengumpul dua di atas par pada sembilan lubang pertama namun bangkit dengan dua birdie di lubang 14 dan 18 sekaligus memastikan namanya berada di tangga teratas dengan par 72.

Iklan
Iklan

"Saya tidak gementar diawal permainan, hanya cuba untuk memahami keadaan dan kelajuan green. Saya cuba mencari birdie dan ketika di lubang terakhir, saya tidak mahu lepaskan peluang dan berjaya melakukannya,” kata Aiden

Berada dikedudukan kedua dengan hanya perbezaan satu pukulan, Ammer Aiman Mohd Fauzi yang sedikit hampa di hari pertama.

Iklan

Catatan birdie dilubang terakhir memberi tuah buat Aiden Tai John Roberts untuk memimpin carta kedudukan Pusingan Pertama Kejuaraan Golf 100PLUS Srixon 2024 di Kelab Golf Templer Park, Rawang pada Selasa.

Aiden mengumpul dua di atas par pada sembilan lubang pertama namun bangkit dengan dua birdie di lubang 14 dan 18 sekaligus memastikan namanya berada di tangga teratas dengan par 72.

Iklan

"Saya tidak gementar diawal permainan, hanya cuba untuk memahami keadaan dan kelajuan green. Saya cuba mencari birdie dan ketika di lubang terakhir, saya tidak mahu lepaskan peluang dan berjaya melakukannya,” kata Aiden

Berada di kedudukan kedua dengan hanya perbezaan satu pukulan, Ammer Aiman Mohd Fauzi yang sedikit hampa di hari pertama.

Biarpun membenam dua birdie namun double bogey dilubang 5 dan dua bogey menyaksikan Ammer menamatkan hari pertama dengan 74 pukulan 1 di atas par sementara abangnya, Ammar Aiman di kedudukan ketiga dengan catatan 75 pukulan dua di atas par.

Bagi saingan Kategori Wanita, Ngo Yi Belle memimpin carta kedudukan selepas menutup hari pertama dengan 77 pukulan 5 di atas par.

Pemain dari Korea Selatan, Park Kyoung-won mengekori rapat dibelakang apabila menutup hari pertama dengan catatann 79 pukulan 7 di atas par sementara Nur Sakinah Ridzwan Woo dan Nik Alicia Miriam Kamil Nik Fairuz Kamil berkongsi kedudukan di tangga ketiga dengan 81 pukulan, 9 di atas par.

Sebagai rekod, Pusingan Pertama Kejuaraan Golf Remaja 100PLUS Srixon 2024 bermula dari 7 hingga 9 Mei 2024 menghimpunkan 80 pemain lelaki dan perempuan

Pusingan kedua pula dijadual berlangsung di Kelab Golf Miri, Sarawak pada 11 hingga 13 Jun depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!