Tugas ketua jabatan kenal pasti pemalas

Iklan
Gambar hiasan

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kaedah baharu mengenal pasti prestasi dan kecekapan penjawat awam sebagai penanda aras kenaikan gaji mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Paling menjadi tumpuan apabila Anwar sendiri menyatakan kenaikan gaji berkemungkinan tidak lagi secara automatik kerana ada dalam kalangan penjawat awam yang bermasalah ataupun ‘pemalas’ dalam melaksanakan tanggungjawab.

Iklan
Iklan

Malah, nilai integriti sebahagian penjawat awam tidak setimpal dengan pengiktirafan dan keyakinan oleh kerajaan yang menggaji mereka menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Sebelum ini, kenaikan gaji setiap penjawat awam dibuat secara automatik, sekali gus mencetuskan rasa kurang senang mereka benar-benar bekerja berbanding rakan mereka yang culas dalam pekerjaannya.

Iklan

Perkara ini timbul susulan pengumuman Anwar bahawa kenaikan gaji tahun 2024 yang paling tinggi iaitu melebihi 13 peratus, sekali gus kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam.

Anwar juga mahu kenaikan gaji yang dilaksanakan kepada penjawat itu dinikmati secara adil sekali gus ingin mencari kaedah atau mekanisme sesuai dalam mencapai tujuan tersebut.

Iklan

Namun tahukah anda, para penjawat awam sendiri dinilai menerusi Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) bermula tahun ini?

Difahamkan, ketua jabatan membuat penilaian ke atas setiap seorang penjawat atau kakitangan seliaannya menerusi mata atau markah 100 peratus yang kemudian dipotong apabila wujud kegagalan capaian objektif tertentu.

Ia bagi mengelak berulangnya kejadian penilaian sebelum ini dibuat secara pukul rata terhadap prestasi penjawat awam pada hujung tahun.

Tanggungjawab yang dipikul oleh setiap ketua itu sungguh berat kerana perlu menilai dengan penuh teliti bagi mengelak wujudnya ketidakadilan kepada penjawat awam yang lain.

Setiap ketua jabatan juga wajib mengenal pasti siapakah yang paling ‘pemalas’ dan dikelaskan dalam kumpulan tidak dinaikkan gaji secara automatik.

Besar kemungkinan sistem baharu ini bakal mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan penjawat awam yang begitu optimis untuk mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) mereka.

Namun, berat dan besar juga tanggungjawab para ketua jabatan masing-masing untuk mengenal pasti ‘si pemalas’ dalam sistem kerajaan ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!